Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Buku ‘Bermula Dengan Satu’ ajak pembaca cilik pupuk sikap baik hati

Aug 28, 2023 | 05:31 AM



Bermula dengan satu.

Itulah nasihat yang diberikan seorang ibu kepada anaknya yang risau tidak akan mendapat kawan baru setelah berpindah rumah.

Ungkapan itu juga merujuk kepada pembuatan tali skip menggunakan getah yang bermula dengan satu gelang getah yang disambungkan kepada gelang getah yang lain.

Ia juga merupakan judul buku terkini oleh penulis setempat, Cik Nur-El-Hudaa Jaffar, yang akan dilancarkan di Pesta Buku Melayu Singapura 2023 pada 25 Ogos ini.

Buku itu adalah terjemahan buku ‘It Starts With One’ yang diterbitkan oleh Marshall Cavendish pada Mac.

Edisi bahasa Melayu buku itu pula diterbitkan Pustaka Nasional.







“Buku ini mengisahkan seorang budak perempuan yang baru berpindah rumah membantu seorang budak perempuan lain yang kehilangan tali skip. Layla mengajar budak itu membuat tali daripada gelang getah.

Perbuatan baik hati Layla menarik perhatian orang lain dan akhirnya semakin ramai yang bersuka ria bersama-sama Layla bermain pelbagai permainan menggunakan gelang getah,” kongsi Cik Nur-El-Hudaa, 53 tahun, yang telah menghasilkan lapan buku sejauh ini.

Beliau berkata, ilham bagi buku itu berputik sekitar 2019 namun ia hanya kekal sebagai idea hingga beliau menerima undangan terbuka untuk menghantar manuskrip kepada Marshall Cavendish pada awal 2022.

“Saya memulakan manuskrip tetapi saya merenung semula unsur emosi dalam cerita saya iaitu perasaan keseorangan dan ragu-ragu yang sering dialami apabila kita melangkah ke ruang asing contohnya seorang kanak-kanak yang baru berpindah rumah ataupun seorang dewasa yang baru masuk tempat kerja yang baru.

“Saya fikir apakah yang dapat membantu untuk mewujudkan persahabatan antara individu yang pada mulanya saling tidak mengenali,” kata Cik Nur-El-Hudaa.

Beliau kemudian menggabungkan dua unsur iaitu perbuatan yang baik hati dan satu permainan, dan menjadikan Layla watak yang risau dia tidak mendapat kawan baru tetapi tidak teragak-agak membantu orang yang tidak dikenalinya.

Memandangkan permainan tali getah turut dimainkan di negara lain seperti Indonesia dan Filipina, sekali gus tali gelang getah boleh dijadikan lambang persamaan dalam budaya yang berlainan, kata Cik Nur-El-Hudaa yang bertugas sebagai penterjemah dan perunding penyuntingan.

Beliau juga ingin menunjukkan kegiatan atau permainan yang menyeronokkan tidak memerlukan biaya yang mahal.

Dalam buku itu, beliau memaparkan permainan lain yang menggunakan gelang getah sahaja seperti kuti-kuti.

Cik Nur-El-Hudaa, yang menghasilkan buku bergambar itu dalam masa dua minggu, berharap pembaca akan terhibur membacanya dan memahami bahawa kerisauan mendapat kawan baru itu lumrah.

“Ucapan ‘Helo’ yang ringkas menjadi pembukaan yang elok. Hati yang baik dan bantuan yang ikhlas akan membantu kita menjalin hubungan dengan orang lain secara lebih mendalam,” ujarnya.

Selesai membaca buku itu, pembaca boleh membuat gelang getah sendiri untuk bermain ‘skipping’ atau yeh-yeh tambah beliau.

“Saya juga berharap pembaca muda dan dewasa akan mencuba permainan-permainan yang menggunakan gelang getah seperti yang dipaparkan dalam buku.

“Bagi pembaca dewasa pula, saya berharap ada adegan dalam buku ini yang akan mencuit kenangan mereka dan menggalakkan mereka berkongsi dengan pembaca cilik, permainan lain yang mereka gemari pada zaman kanak-kanak mereka,” tambah Cik Nur-El-Hudaa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >