Buku 'Lepiong dan Cepiong Mencari Makan' bawa si cilik jelajah S'pura
Premium
Buku 'Lepiong dan Cepiong Mencari Makan' bawa si cilik jelajah S'pura
Pemenang Anugerah Guru Bahasa Melayu Cemerlang pada 2021 hasilkan buku sulung
Feb 20, 2023 | 5:30 AM
BUKU KANAK-KANAK: Encik Shahril Samri yang juga guru prasekolah telah menulis buku Melayu pertamanya, Lepiong dan Cepiong Mencari Makan, yang mengisahkan penerokaan sepasang adik-beradik yang mencari makanan dan minuman menarik di Singapura. - Foto BH oleh KHALID BABA -
MELIHAT tajuk buku kanak-kanak ini, pasti ada yang mendapatinya agak lucu atau janggal.
Berjudul Lepiong dan Cepiong Mencari Makan, buku tulisan Encik Shahril Samri ini mengisahkan tentang sepasang adik-beradik bernama Lepiong dan Cepiong yang sedang meneroka Singapura untuk mencari makanan dan minuman yang menarik.

