Sesepi malam tanpa cahaya bagai mata raksasa menyeringai menelan seri kirana bulan tanpa kerdipan bintang angkasa pesisiran termangu dikalut bisu gemerlapan neon hutan batu
Sepesing haruman perut sungai membuyung rencam kehidupan bergumal bangkai kotoran silam tenggelam di jelaga malam sehamis warisan ditinggalkan mempusakai tamadun zaman


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg