Peluru terus menghujani bumi di sekelilingnya. Letupan demi letupan, menggegarkan gegendang telinganya. Namun buat Jalil, ia seperti simfoni kematian yang sering menjadi halwa telinganya semenjak perang meletus di sini.

Dia tetap betah tinggal dan bekerja di tengah-tengah letupan ini demi penakatan keluarganya di Singapura. Sekarang sudah seminggu dia bersendirian di tempat kerjanya, semenjak keluarganya pulang. Dia tetap bekerja di sini sehingga... dia sendiri pun tidak mengetahui tarikhnya!

Laporan berkaitan
Calon dan EmasDec 28, 2025 | 5:30 AM
Jiran KamiMay 17, 2026 | 5:30 AM