Ahai aku ada kawan, budak Tanjong Katong baik hati, budiman, semua orang dia tolong ahai aku ada kawan, perwira bahasa akur ikut peraturan, Kamus Dewan di jemala! ahai aku ada kawan, tahap adi guru anak didik suka sakan, rasa seronok timba ilmu ahai aku ada kawan, pengakap nombor satu pergi pulau masuk hutan, pengalaman tusuk kalbu ahai aku ada kawan, dekat Smule nyanyi-nyanyi suara pula boleh tahan, rambut palsu, geli hati
ahai aku ada kawan, sekarang dia sakit tapi tetap dia lawan, tak terdengar suara jerit ahai aku ada kawan, nama dia Zaidy berdakaplah duhai teman, sentuh ikhlas dari hati
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg