Sebagai mantan Setiausaha Parlimen Kanan dan mantan Editor Berita Harian, Encik Yatiman Yusof, mengharungi zaman berliku pada tahun-tahun awal pembentukan Singapura.

Beliau bakal berkongsi pengalaman dan pemikirannya sebagai pemimpin, penulis, wartawan dan guru dalam satu ceramah di Bangunan Perpustakaan Negara pada 5 Disember ini.

Ceramah bertajuk ‘Percikan Kembara: Dari Desa ke Likuan Kota’ – gabungan judul dua buku karya Encik Yatiman – merupakan sebahagian daripada siri Ceramah Anjung Warisan anjuran Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).

Ceramah tersebut bertujuan untuk memberi inspirasi kepada masyarakat agar terus maju secara proaktif, berfikiran kritis sekali gus meningkatkan sumbangan mereka kepada masyarakat amnya.

Ceramah bertajuk ‘Percikan Kembara: Dari Desa ke Likuan Kota’ – gabungan judul dua buku karya Encik Yatiman – merupakan sebahagian daripada siri Ceramah Anjung Warisan anjuran Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).
Ceramah bertajuk ‘Percikan Kembara: Dari Desa ke Likuan Kota’ – gabungan judul dua buku karya Encik Yatiman – merupakan sebahagian daripada siri Ceramah Anjung Warisan anjuran Lembaga Perpustakaan Negara (NLB). - Foto NLB

Program percuma ini sesuai untuk umum. Orang ramai boleh mendaftarkan penyertaan menerusi pautan https://go.gov.sg/mlsaw.

Pendaftaran juga boleh dilakukan semasa sesi dijalankan.