Di kala waktu memecut antara mencari kebebasan dan memulaukan kemerdekaan yang lemah diragut keselamatan walau dipagari kubu dan senjata ada peluru mampu menembusi liang-liang sekatan

Yang menyerang dan bertahan terkabur antara kuasa-kuasa merata dunia tuduhan sesama hanya menambah kekeliruan dan kehancuran bukan penapis keadilan

Ukraine disasar dan terbelit oleh paksaan terceroboh, lalu api membakar dan letupan menjadi sorakan harian sedang ibu dan anak-anak belum sempat disambut sebagai pelarian

Kemenangan entah di mana kerana masing-masing tidak berganjak mengharap kelumpuhan lawannya dan pencerobohan kian mencari sasaran

NORULASHIKIN JAMAIN