Topik diikuti
Pergi ke BHkuANGIN menderu di lautan Mediterranean. Deruan itu berbaur hangat dan sejuk, sehinggakan ia membangkit ombak dan gelombang. Ia menderu akan perkhabaran pada seluruh pemukaan air. Khabar yang tidak menyenangkan penghuni-penghuni di dasaran. Khabar yang tidak dapat menenangkan gelora. Namun, Angin tetap bersepoi-sepoi menyampaikan berita.
"Apa? Benarkah apa yang telah kaukatakan itu?" tanya Anak Udang kepada Air Asin.

