Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Cinta merah putih bulan sabit dan lima bintang

Aug 15, 2016 | 5:30 AM
-

Aku yang asli, yang asal tak pernah cari pasal Bila ditanya tentang cintaku kepada Si merah putih bulan sabit dan lima bintang Aku sedar tahu serta perlu beritahu Erti jerih payah mempertahankan Apatah lagi membangunkan watan ini Hasil tumpah darah merah, dibalut kain putih Disinari cahaya bulan sabit dan lima kerdipan bintang Gugurnya Almarhum Leftenan Adnan dan sahabat Serta terhapusnya ribuan tubuh berdarah merah berhati putih Bersemangat setajam bulan sabit berbekalkan lima pancaindera bertaraf bintang

Kau penduduk di merah putih bulan sabit dan lima bintang Kelihatan riang mengangkut segala bekalan dengan senang Pakai gincu merah bercelana putih berloket bulan sabit berlenggang Kau seakan melangkah masuk ke hotel lima bintang Cuma aku harap kau akan kaji sejarah Mengapa kota ini digelar titik merah Aku dan teman-teman bukannya marah Asal tahu jaga peradaban dan tatasusila

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg