Topik diikuti
Pergi ke BHkuDalam Diam
Duduk diam-diam lihatlah pada alam renung dalam-dalam mungkin dikau 'kan faham cuba selam-selam erti firman dan kalam jadi ego tidak mencengkam dan jiwa lebih tenteram putaran siang dan malam awan langit bersulam gunung-ganang tersergam syukur nikmat-Nya dihadam tebarkanlah sayap salam ke segenap penjuru alam biar cahaya menyelimuti suram semoga yang putih tak menjadi hitam gantikan yang legam membungkam dengan iman dan takwa seragam bernafas dalam peningkatan makam jauh lebih baik dari semalam
