Mencari erti dalam diri, mendefinisi maknawi hidup insani. Aku merenung aku yang tersembunyi di sebalik wajahku, dihijab yang zahir. Dalam sepi, bermuhasabah diri bermula bicara hati, dakwah peribadi. Dalam diam, kudendangkan puisi dipusaka penerang rohani yang kelam, puji-pujian pada Yang Maha Esa. Yang kudapati, ketenangan menyelimut diri, pelita kasih menerangi tika mengaku hamba Ilahi.
MUHAMMAD KHALID ZAINUL
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg