Nafas terhenti tapi tiada mati masih lagi boleh berdiri bumi menjadi panas penghuni semakin rimas berakhir satu zaman bertemu yang baru lorong dan jalan banyak bersimpang-siur bercelaru haluan undang-undang keras ditatang bertambah merah mata apabila dipandang empat budaya kuncup hidup dicat warnanya pucat ahklaknya peribumi bagai bermastautin di hujung kaki rosak tiada siapa lagi akan dihormati di depan cermin proses kehidupan bagai permainan anak-anak bangsaku... kehilangan gigi taringnya digantinya dengan gigi susu yang lesu semangat telah menjadi sebu dan layu.
Sejak mula-mula panji-panji berkibar di bumi bertuah ini anak-anak bangsaku liat bingkas sering ditohmah manusia malas dan lemah kini segala julukan itu dapat dibidas tegas berdiri menyusun langkah bersantun diri demi bangsa dan tanah air tercinta tiada seperti dulu lagi dibenci terhina tapi kini diangkat menjadi pemimpin yang hebat di mata tiga masyarakat menjadi bertambah kuat sepakat setia dan taat bersama menikmati kejayaan menerjah segala kemungkinan menghalang perpaduan membina demi rakyat dan negara yang terbilang.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg