tiada lagi kuterdengar bedukmu hening azan surau kayu kicau camar pulang senja sayup cengkerik bersahut hiba terpanggil pulang anak desa menyambut syahdu Ramadan tiba
tiada lagi kutersimbah kirana bulan berdingin subuh embun jantan nyanyian nyiur melambai rindu meliuk sayup syair berlagu gurindam tadarus qiamullail lunak merdu hati terbelai


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg