Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Di Tengah-Tengah Semangat Padu (buat ulang tahun negara tercinta yang ke-53)

Aug 19, 2018 | 5:30 AM
-

Di tengah-tengah semangat padu setia nyanyikan 'Majulah Singapura' yang syahdu setiap kata bergema mengelus kalbu terkibar megah panji gemilang dipacakkan di puncak bukit bangsa terbilang marilah kita juga jangan jenuh terus melukis bersama di kanvas kehidupan pelbagai bangsa dan agama keluarga raya tercinta dalam bentuk seluruh watan barulah sempurna bulat sebuah impian berulit harapan nenek moyang sebuah negara bernama Singapura jaya yang tidak sia-sia dibina daripada darah, keringat dan air mata melangkah terus ke fajar masa depan dengan tenang menolak sebarang walang dengan agresif tapi positif penuh kewajipan berona keikhlasan

PETER AUGUSTINE GOH

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg