Premium
Satria Sukma, Nira Nyertika julang piala juara
Oct 14, 2019 | 5:30 AM
JOHAN DIKIR BARAT: Kumpulan Satria Sukma menjulang piala juara dalam pertandingan Dikir Barat Piala Suara Serumpun bagi kategori lelaki tahun ini. - Foto ANDIKA KENCANA -
BUNYI tepuk sorak dengan iringan alunan suara merdu Tok Juara menggegarkan Pusat Persidangan Tay Eng Soon, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central, pada Sabtu lalu.
Acara tahunan Dikir Barat Piala Suara Serumpun (PSS) itu kali ini dimenangi oleh Satria Sukma dari Politeknik Ngee Ann bagi kategori lelaki dan Nira Nyertika dari Politeknik Temasek bagi kategori wanita.

