`Lantunan irama mendayu-dayu nada dialun suara disantun lunak gemalai gemersik kalbu rasa terlena dibuaian langit biru.
Dendangan syair bak lembaian bayu gurindam tersusun lembut merayu berpisah tiada irama dan lagu dirgahayu syair warisan Melayu.
Murni bait-baitnya sulaman kata ada yang tersirat juga tersurat wadah kebanggaan pencinta ibunda bahasa.
Takkan lapuk dek hujan takkan lekang dek panas takkan hilang di mata dunia dirgahayu seni peninggalan ibunda tercinta.
IMAN NOORDIN


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg