Andai darah ini dapat disatukan Kita sama Andai lubuk hati ini disatukan Kita sama Usahlah dikau khuatir Akan kehilangan nyawa Kerana Sang Pencipta Mengetahui segalanya Pahit manis ubat yang ditelan Begitu juga hidup kau dan aku Kita sama Tiada apa yang membezakan Antara kau dan aku Ia terus mengalir di dalam urat Tegang lembut arus kemerahan Di mana ia berakhir Di situ kita bertemu takdir
MARWAH HASANAH MAZNAN


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg