Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua Kosong Dua Kosong (2020)

Sep 18, 2022 | 5:30 AM
b8dcbcd3-f91d-4759-a168-16e37e2e8f52
-

2020... Kehidupan haru-biru Kesihatan berseteru Kehilangan kekasihku Dituruti dua teman baikku

Hilang teman kembara Tinggal sebatang kara Beberapa ketika di pusara Diikuti teman semasa 'nak dara

Edah bagaikan penjara Berdiam memendam lara Kehilangan juga rakan Pulara Menangis tanpa suara

Masih berduka ditambah bencana Kejiranan sepi berubah warna Pintu jendela rapat adanya Diserang virus bernama Corona

Banyak mati di sini sana Silaturahim renggang sementara Dilarang keras bersua muka Hanya boleh mendengar suara

Selesai edah gundah juga Dunia makin dilanda petaka Tersekat langkah ke mana-mana Sunyi sepi di Hari Raya

Rindu bertemu anak-anak cucu Kehidupan harian makin bercelaru Sekolah ditutup minggu ke minggu Murid belajar tanpa buku

Satu, satu kedai ditutup Pasar juga di pagar litup Ada peniaga yang tidak sanggup Terus tutup dagangan lingkup

Banyak juga yang hilang pekerjaan Baik sikit gaji berkurangan Dapat bantuan dari kerajaan Hati lega tidak kebuluran

Majlis nikah jadi terhalang Pertunangan putus lebihlah malang Ada majlis makanan tak di dulang Makanan dibungkus dibawa pulang

Adakan majlis mesti banyak wang Harga melambung sedikit tak kurang Mengatur jemputan kira kepala orang Melanggar aturan saman datang tidak diundang

Sekolah dibuka untuk tertentu Murid berkenaan berada di situ Hadapi peperiksaan sudahlah tentu Perasaan bagai dikepung hantu

Penerimaan sijil tiada acara

Hanya di talian ia laksana Sekiranya di acara ada peraturannya Muram suasana riang gembira

Dua kosong dua kosong termaktub sejarah Kehidupan sukar bak luka parah Demam tak kebah bertambah gerah Biar berlalu reda dan pasrah.

ROHANI DIN

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg