Premium
Dua tokoh sentuh perkembangan sastera S'pura, M'sia
Feb 10, 2020 | 5:30 AM
MEMPERERAT HUBUNGAN SASTERAWAN DUA NEGARA: Sesi Sembang Sasterawan Negara: Kesusasteraan Pemangkin Kemajuan menemukan dua tokoh yang tidak asing dalam dunia persuratan di Nusantara iaitu Sasterawan Negara Malaysia, Profesor Dr Siti Zainon Ismail (kiri), dan Sasterawan Mapan Singapura, Suratman Markasan (kanan). Di tengah ialah penulis yang bertindak sebagai moderator. - Foto HERMAN ROTHMAN/FACEBOOK -
SESI istimewa Sembang Sasterawan Negara: Kesusasteraan Pemangkin Kemajuan anjuran Kelab Membaca Ilham Pustaka (IP), Lembaga Perpustakaan Negara yang bertempat di Banguan Perpustakaan Negara pada Jumaat 31 Januari lalu menemukan dua tokoh yang tidak asing lagi dalam dunia persuratan di Nusantara ini iaitu Sasterawan Negara Malaysia, Profesor Dr Siti Zainon Ismail, dan Sasterawan Mapan Singapura, Suratman Markasan.
Tahun 1950-an merupakan titik sejarah dunia penulisan dengan terbentuknya kumpulan ASAS 50 di Singapura yang menyatukan dua buah negara.

