Premium
Dupa Raden Mas
Feb 15, 2016 | 6:05 AM

-
Akhirnya ditemui dupa Raden Mas masih membara mewangi setanggi mengepul asap putih tidak dikelilingi makhluk tapi diharungi ratip-ratip berselang bisik zikir-zikir
Dan kau terus tersenyum melihat kau menguntum direnjis mawar mengharum dalam diam kau mengaum melayan titik-tikam jarum rakam sejarah berdentum keprihatinan setiap kaum mengecap masak ranum sesisip nikmat minum mentah mengkal kulum racun penawar maklum deria mual atau kagum dupa Raden Mas harum

