tertanya-tanya apakah erti Syawal? sedangkan perjuangan hanya separuh hati nafsu tidak terkawal senang bercanda tanpa pegangan sedap berhibur tanpa haluan yang jatuh di kaki lima, mensucikan lagi kemahuan marcapada tiada endah ketentuan masa.
tertanya-tanya lagi apakah erti Syawal? cuba tatap wajah pertiwi yang berjihad di ceruk sana dan sini bermadah ungkapan bisa berlumba legakan dahaga ada juga cuba bermegah tayang kepulan awan tatkala di puncak ujian kononnya mencari keberkatan dunia ini batas, tiada sekali.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg