Janganlah hanya membatu mendengarkan di kala hatimu diketuk rawan mungkin hadirnya tidak keruan tidak diundang membawa pesan di balik nada ketukan mungkin ada halwa bisikan mencanang seribu harapan menggoncang dungu keterlekaan mungkin juga membawa seribu rahsia tabir erti sendu dan lara erti syahdu dan bangga hingga kita mudah terlupa kita dicipta dan bertujuan yang sama Janganlah kita bingung mendabik dada ghairah membelek masa riang mendakap dunia hingga menjadi kaya di puncak petaka buta dalam sinar cahaya hingga tersungkur ke kawah dosa menjadi bahan api menyala hanya kerana kita alpa pada seruan dan kurang siuman dalam neraca iman.
ZAINOL ABI


