Gali Lubang Tutup Lubang, Berita Bahasa & Budaya - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya3

SAJAK

Gali Lubang Tutup Lubang

Jul 09, 2018 | 05:30 AM

Gali lubang tutup lubang
gali lagi tutup lagi
hidup bukan semakin senang
lubang petaka akhirnya digali
Gali lubang tutup lubang
cari lagi gali lagi
sana berlubang sini berlubang
mahu ditutup dah tak tahu lagi
Gali lubang tutup lubang
gali kanan tutup kiri
banyak cakap banyak 'lubang'
sampai berlubang aib diri
Gali lubang tutup lubang
'main wayang' hari-hari
dalam-dalam gali lubang
membukit malang menyumpah diri
Gali lubang tutup lubang
hari-hari sembunyi-sembunyi
takut dengan bayang-bayang
kelibat isteri disangka ceti
Gali lubang tutup lubang
sana-sini orang cari
fasih berbohong kuat temberang
sana-sini orang maki
Gali lubang tutup lubang
terhakis cela maruah diri
malaikat catit malam dan siang
bertimbun dosa tanpa sedari
Gali lubang tutup lubang
di mana lagi mahu digali
menanggung beban keliling pinggang
ke mana lagi kaki nak lari
Gali lubang tutup lubang
sekujur tubuh yang tiada bernadi
lubang sempit tiada benderang
dalamnya pula tujuh kaki
Gali lubang tutup lubang
sesal sudah tak berguna lagi
tiada amal buat penenang
yang ada cuma caci maki
Gali lubang tutup lubang
kini lubang tertutup rapi
yang diwarisi pusaka malang
mimpi ngeri anak dan isteri
Gali lubang tutup lubang
jangan jadikan satu hobi
gali lubang tutup lubang
jangan jadikan satu tradisi

ZAINOL ABI

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map