Topik diikuti
Pergi ke BHkuKAMI berjalan lemah seperti sekawan dubuk kehausan. Mengheret kaki, mengembara jauh ke dalam sebuah padang pasir. Telah tiga hari tidak bertemu air. Sebuah telaga telah kami tinggalkan kira-kira tiga hari lalu kerana dipenuhi pasir.
Seorang peladang telah datang ke sana untuk mencari air. Nasibnya seperti kami. Kecundang. Pertama kali bertemu dengannya, kami berbual perihal unggas-unggas mati bergelimpangan di sekitar telaga pasir.