Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Hanya Sementara

Sep 11, 2017 | 05:30 AM

Kita ini hanya penghuni sementara

di bumi yang sementara

dalam perjalanan panjang yang hanya

sementara

Kita ini hanya diberi pinjam seketika

nafas yang seketika

dan dalam kembara roh yang juga seketika

Mengapa jasad tergamak alpa

raga tergamak lena

dan tubuh tergamak leka

hingga tega menyembah kepalsuan dunia

dan taasub dengan seisinya

Kekayaan itu sungguh membutakan

sungguh terhijab mata hati pada lentera

kebenaran

kejayaan itu sungguh melalaikan

sungguh terkhayal mata hati pada asal tujuan

Kita megah dengan pangkat dan kedudukan

sehingga bersalaman dengan si miskin juga

enggan

kita lemas dalam timbunan harta kepalsuan

sehingga mahu bersyukur juga di lidah

keberatan

Di atas dataran kepalsuan semata

masih tegakah kita mendabik dada

mengaku semua itu hak kita?

bongkak yang bertakhta pada rincu bicara

menerajui alpa dalam mensyukuri nikmat

Pencipta

Buanglah gamis duniamu yang penuh noda

tanggalkan hiasan duniamu yang mengelabui mata

gantikanlah dengan jubah tenunan syurga

agar nafas yang dikau zikirkan itu jaga tidak

terlena

agar jiwa yang dikau talkinkan itu siaga tidak

terleka

sedarkanlah diri pada duduk sebenar perkara

kita ini hanya penghuni yang mengembara

di balik bayangan fana yang hanya

sementara.

ZAINOL ABI

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >