Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

BAHASA & BUDAYA

Hasilkan buku dek cinta pada penulisan

Pelakon kumpul dan bukukan madah singkat
Oct 21, 2021 | 05:30 AM



NAMA Azman Shariff sudah tidak asing dalam arena seni persembahan.



Namun, beliau juga menanam rasa cinta mendalam terhadap dunia penulisan.



Walaupun tiada pengalaman membukukan apa-apa penulisan, Encik Azman mempunyai semangat tinggi untuk meneruskan impiannya sebagai penulis.



"Sebagai seorang yang minati seni, saya juga tertarik untuk menyertai bidang penulisan. Tetapi, saya tidak mempunyai latar belakang atau pengalaman dalam bahagian ini.



"Jadi, perasaan segan untuk menulis pasti ada sebab saya bukanlah ahli bahasa dan hanya ada sedikit saja ilmu penulisan.



"Oleh itu, saya sangat menghargai teguran membina daripada rakan-rakan guru bahasa.



"Kadang-kadang, terdapat ayat kurang sesuai yang saya gunakan. Mereka akan cepat-cepat tegur dan memberi penyelesaian dengan baik. Dari situ, saya dapat mengutip ilmu daripada rakan-rakan yang lebih mahir dan berpengetahuan dalam bidang bahasa."



Sememangnya Encik Azman sudah lama mencari masa terbaik untuk memenuhi hasrat yang terpendam itu.



Akhirnya, persaraan awal dalam dunia lakonan telah membuka ruang kepada beliau mencoret madah-madah singkat tetapi mempunyai makna yang mendalam.



Kata Encik Azman: "Sekarang adalah waktu terbaik untuk saya meneruskan minat dalam bidang penulisan buku. Dulu, saya terlalu sibuk dengan aktiviti kesenian dan tidak mempunyai banyak waktu untuk projek penulisan.



"Apabila saya bersara awal, lebih kurang enam tujuh tahun lalu, ia sedikit sebanyak memberi ruang untuk saya menulis madah-madah ringkas.



"Dengan masa lapang yang ada, saya dapat tumpukan perhatian sepenuhnya terhadap apa yang saya minati selama ini."



Bercerita mengenai idea yang diperolehinya, Encik Azman gemar membuat catatan awal dalam bentuk penyimpanan fizikal atau digital agar idea tersebut tidak mudah hilang.



"Madah-madah singkat ini datang secara spontan. Kalau saya tidak catat idea ini, nanti ia akan hilang begitu sahaja.



"Justeru, setiap kali muncul idea baru, saya akan catat. Lebih-lebih lagi teknologi zaman sekarang sangat memudahkanpengguna menyimpan catatan di mana-mana sahaja melalui aplikasi telefon bijak,'' ujarnya.



Akhirnya, penyimpanan karya spontan itu tiba ke kemuncaknnya apabila buku madah Bukan Kerana Nama berjaya diterbitkan oleh Iqrak Publication & Distribution pada 1 Julai lalu.



"Saya sangat bersyukur kerana dapat berkongsi tentang kehidupan berdasarkan ilham yang telah dihasilkan pada suatu ketika dahulu.



"Pada saya, setiap ilham itu wajar dikongsi dengan orang lain agar masing-masing memperoleh manfaat," ujar Encik Azman.



Beliau bersyukur kerana penglibatannya dalam bidang lakonan telah memberi sedikit kelebihan untuk menilai dan melontarkan bait-bait puisi dalam penulisan.



"Sebagai pelakon, saya berasa lebih mudah untuk mentafsir dan memahami rangkap puisi.



"Ekspresi dan perasaan juga mudah terbentuk kerana sudah terbiasa dengan suasana penghayatan watak.



"Bagi saya sendiri, kelebihan bergelar pelakon memberi peluang kepada saya menyelami sesuatu perasaan dengan lebih cepat.



"Tetapi sebenarnya, semua orang adalah sama, tidak kira apa pun pengalaman yang mereka ada. Ini kerana setiap orang ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.



"Walau semudah mana pun sesuatu karya ditulis, kita tidak seharusnya menilai dengan pemikiran negatif terhadap apa yang dihasilkan orang lain.



"Untuk memahami sesuatu karya yang dihasilkan, kita juga perlu tanamkan minat dan cinta kepada bahasa Melayu itu sendiri. Anak muda hari ini mungkin tidak dapat menyerap keindahan bahasa Melayu yang berbentuk kesusasteraan dan sebagainya.



"Jadi, peranan ini harus dimulakan oleh pejuang sastera dan penulis mapan untuk menggalak anak muda lebih mencintai bahasa ibunda kita," kata Encik Azman.




“Walau semudah mana pun sesuatu karya ditulis, kita tidak seharusnya menilai dengan pemikiran negatif terhadap apa yang dihasilkan orang lain. Untuk memahami sesuatu karya yang dihasilkan, kita juga perlu tanamkan minat dan cinta kepada bahasa Melayu itu sendiri. Anak-anak muda hari ini mungkin tidak dapat menyerap keindahan bahasa Melayu yang berbentuk kesusasteraan dan sebagainya. Jadi, peranan ini harus dimulakan oleh pejuang sastera dan penulis mapan untuk menggalakkan anak muda lebih mencintai bahasa ibunda kita.’’
– Encik Azman Shariff.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >