SPH Logo mobile
Langgan|

Helang Dan Gagak

Helang Dan Gagak

Sep 18, 2022 | 5:30 AM

Helang Dan Gagak

161e000e-ff52-4043-a574-1ec71fe8c63c
-

Pagi ini riuh-rendah raung gagak memecah sunyi sangat memekak

Aku yang sedang mandi jadi tak tenang kata isteriku ada satu kejadian malang

Maka aku pun dengan segera capai tuala kemudian melihat ke luar sebuah jendela

Kelihatan seekor burung sebesar helang sedang makan mangsanya yang malang

Dengan cepat aku pakai baju dan seluar dengan fonsel isteriku aku turun bawah

Bermulalah tugas paparazzo tak bertauliah merakam ke dalam video peristiwa berdarah

Helang rasa terganggu dengan hadirku meskipun aku hanya merakam dari jauh

Tak lama kemudian terdengar ketukan galah ada yang menghalau sang helang suruh belah

Lalu helang yang tak senang duduk dari tadi terbang lari bersama mangsanya bersembunyi

Iktibar dari kisah pagi ini yang kukongsi setelah kita pergi pasti ada yang tangisi.

© SHAFIQUOTES

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg