Langit bagaikan terus bocor. Air dari ruang langit yang tidak bertepian tumpah. Tumpah lebat tak sudah-sudah menikami bumi sejak lewat pagi. Terasa hatiku turut basah. Basah dengan perasaan sayu mengusik kalbu. Semuanya kerana Umi tersayangku.

Aku mungkin berada di ruang tamu rumah tiga bilikku di tingkat 10. Hawa sejuk di luar tidak mampu mengusir semacam kehangatan. Aku dipanaskan fikiranku yang bagaikan terbang ke pantai – di tepi laut, tempat yang biasa aku kunjungi sekali-sekala untuk menghilangkan penat lelah. Ya, menjual masa rehatku untuk membeli semacam ketenangan.

Laporan berkaitan
Nur SaharaJun 28, 2026 | 5:30 AM
Lot 1-9Jun 21, 2026 | 5:30 AM