Tidaklah kita berpuasa Andai roh iman dan tauhid Hilang ditelan kecuaian Oleh kata-kata yang merejam Perilaku yang menghunjam

Tidaklah kita berpuasa Andai pupus falsafah agung Pelaksanaan syariat terapung Bingung mentarbiah diri Agama dan kehendak sering disalah erti