PENERAPAN ilmu bantu dalam cerpen merupakan satu kepentingan untuk menambah nilai di dalam karya. Ini disebabkan sebuah cerpen bukan hanya karya kreatif tetapi juga informatif yang dapat mengayakan pengetahuan pembaca. Ini termasuk daripada ilmu sejarah, ilmu ekonomi, ilmu sains, ilmu agama, ilmu kemasyarakatan dan seumpamanya. Asalkan tidak terlalu menyuguhkan fakta dan menjadikan karya itu hambar.
Cerpen Aku Sayang Semua Anakku (Berita Minggu, 3 Januari 2021) karya Maarof Salleh adalah sebuah cerpen konvensional yang diceritakan menurut urutan masa. Cerpen ini mudah diikuti pembaca kerana kisahnya berlegar dalam sebuah keluarga bapa tunggal, iaitu Borhan (setelah kematian isterinya lima tahun lalu) dengan anaknya seramai lima orang.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg