Ahad ini giliran Rahman yang belanja makan. Susunan sebegini sudah mereka amalkan sejak lima tahun lalu dan hingga hari ini masih diterima oleh kumpulan yang bergelar ‘Gelisah’ ini.
Inilah nama yang mereka gunakan jika berhubungan antara mereka.Dia keluarkan secebis kertas dan sebatang pena berdakwat biru dari saku seluarnya. Dia sudah bersedia sebab tahu gilirannya untuk membiayai sarapan pagi itu. Dia bertanya setiap anggota Gelisah yang duduk di sekeliling meja bulat yang terletak di penjuru kedai itu. Lokasi ini menjadi pilihan sebab mereka rasai kurang gangguan dari pelanggang yang mengunjungi restoran itu. Setelah pesanan diambil, dia pun beredar dengan ditemani Daud.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg