Tanpa kita sedari, semuanya yang mampu sudah pun berjeda. Tiada yang baharu, tiada pembaharuan. Berjeda itu suatu keperluan Berjeda itu memberi telinga kepada paru-paru Biar hembusan nafas menjadi tebusan. Berjeda itu suatu bantuan untuk jiwa-jiwa yang terpaku memikul beban. Jedalah berkali-kali Jedalah berhari-hari Sehingga tercakar hati-hati kita Nanti pasti suatu hari kita tahu Hati-hati kita itu sebenarnya berwarna ungu Lebam bertahun-tahun tidak berbunyi. Nanti pasti suatu hari jeda itu
Bertepuk tangan, sebelum beristeri. Serba salah meninggalkan ibu Serba-serbi mencari rezeki Masa menjadi penentu. Jedalah sebelum lidahmu berbunyi Kerna naluri manusia itu berselimutkan api.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg