Tanpa kau sedar saat memandang keluar orang ramai berlalu-lalang ada menjengah ke dalam kau hanya mampu menafsir layang-layang dialun angin teriakan anak-anak bermain adalah keceriaan penglihatan
Tanpa kau sedar saat bayu menyapa wajah musim luruh turut berubah kau ditinggal cebisan waktu tidak lagi mampu merayu hilang pudar sejarahmu denai kedewasaan dilewati perlahan berensot pergi
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg