Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

CERPEN

Jendela Cahaya

Jun 24, 2018 | 05:30 AM

AKU tidak mahu mengingatkan masa silam. Mengingatkannya samalah seperti aku membuka jendela kenangan yang diiringi angin pengalaman yang keras. Tapi ada semacam kuasa untuk aku bagaikan menderhaka pada kalbu yang terusik. Jelaslah aku benar-benar terpanggil dan tercabar. Tercabar seperti aku alami ketika 'berperang' suatu ketika dahulu. Hujan kenangan itu tertempias masuk ke dalam kamar diriku, membasahi keadaan yang tidak menyenangkan. Lalu aku bersenandika. Bersenandika pada malam Sabtu yang sayu. Muram tanpa bulan dan bintang yang lazimnya menghiasi dada langit bulan Oktober.

Anda yang budiman. Kini di ruang mata, di dalam bilik tidurku, aku dapat melihat aku bergegas ke perbaringan isteriku, Hamimah. Aku tenung matanya yang tertutup rapat. Ada air jernih mengalir menceruni pipi, membasahi bantal bersarung putih bersih. Menitik dan membentuk satu bulatan besar, seolah-olah membetuk huruf 'O', huruf pertama namaku - Osman. Adakah itu satu sindiran tajam, "Oh, Osman. Apakah yang sudah terjadi?" Atau "Oh, Osman, masih tak mahu insaf ke!" Atau "Oh, Osman, teruslah bermain kayu tiga!" Atau "Oh, Osman, menangis air mata darah sekalipun tak akan membaikkan keadaan. Tengok, sampai dia tak ingin lagi melihat muka kau sebagai suami. Suami tak guna! Hendak beranak pun kena naik teksi sendiri. Kau pula boleh berfoya-foya dengan betina lain. Cis! Memang jantan tak guna!"

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >