SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Jika

Premium

Jika

Dec 4, 2016 | 5:30 AM

Jika

-

Jika ada angin keras tanpa sengaja tertampan di rambutmu mengusutkan sisir rapinya usah menyangka itu suatu kenakalan yang tak pernah kau relakan usah marahmu kepadanya bernyala-nyala kerana sepertimu ia tak terlepas disuntik jarum keresahan di tengah-tengah sungai suasana yang keruh ingin mengadu terusiknya kalbu kepada sesiapa yang rela menjadi pendengar yang setia hulurkan salam mesra agar siangnya tak tenat kerana terlalu percaya pada gerimis yang dinginnya dilarikan kemarau agar malamnya tak melarat kerana tersihir pada hujan yang tak selalu membasah dan menyamankan.

Jika ada angin keras tertampan lagi di rambutmu berguraulah dengannya berkawanlah dengannya dengan penuh keikhlasan dan kematangan itu tandanya kau sudi benar menjadi penawar ketidaksenangan walaupun tak dapat mengusir segala gelora rasa mengusik atma dan itu juga tandanya kau gagah cekal dipanggang cabaran.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg