Peribahasa mengatakan ada air adalah ikan. Ia bermaksud ada negeri pastilah ada rakyatnya. Ia juga membawa maksud di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki.

Peribahasa juga mengatakan sebuah lesung seekor ayam jantannya, iaitu bagi tiap-tiap kaum ada seorang pemimpin yang akan memimpinnya. Kaum dalam peribahasa ini boleh juga merujuk kepada rakyat.