CERPEN

Kanvas

Aku bukan seniman yang pandai melukis. Tidak juga mempunyai jari-jemari ajaib untuk sebuah lakaran berpelangikan impian. Namun, kugagahi diri mengikut jejak mereka yang terdahulu mencuba. Merah pekat tercalit. Pada berus tirus bergigi tajam. Kupejamkan mata. Kanvas bersih ditoreh. Pedih. Terasa cecair mengalir di pergelangan tangan. Kuterhenti. Masih tidak berani untuk membuka mata. Sakit. Teramat sakit. Takut untuk meneruskan kerana terasa nafas tercungap-cungap. Tanganku terketar-ketar. Diri mula melayang. Penglihatan menjadi kabur. Percubaan pertama…dan ingatanku mamai begitu sahaja.

Aku lalui hari-hari mendatang dengan pelbagai persoalan. Sukar untuk membezakan antara halusinasi dan realiti. Terdetik di hati, adakah ini cara terbaik meluahkan segala kehampaan yang saling bersilang putus asa? Adakah mereka memahami? Tidakkah mereka mengerti? Atau mereka berpura untuk tidak mengasihani? Merekalah hakim di bawah tempurung. Menghakimi atas dasar memperbetulkan yang batil tanpa disedari mereka juga insan kerdil. Mereka kata aku parasit hidup. Tidak berperikemanusiaan. Kejam. Kemungkinan mereka akan memahami penderitaanku jika aku lenyap dari dunia. Mana mungkin mereka di luar sana mengerti apa yang sedang kulalui, sedangkan ayahku sendiri tidak pernah mahu mengerti juga. Sukar digambarkan.

Promosi Masa Terhad Hari Raya

Berita Harian

Atau langgani sekarang untuk menerima salah satu daripada hadiah menarik ini

bernilai sehingga $179