Di setiap detik waktu yang singkat Meninggalkan warna- warna kehidupan yang indah dan yang ternoda Kini di perjalanan Melangkah perlahan Mencari ruang yang belum ditemui Mencari sinaran yang kini redup Hanya cahaya samar Merundung sepi Membias rasa kesal Kerana melamun mimpi yang berpanjangan Kini bangkit Tanpa sedar Meninggalkan waktu yang berharga Membiarkan jarum jam yang berdetik Sepertinya tidak terdengar dan terlihat Kini ingin dipayungi rahmah Mengharapkan maghfirah dan husnul khotimah Saatnya akan berakhir Terhentinya pengembaraan ini Di Dunia fana yang sementara Ke alam abadi yang hakiki
AMNAH MAJID


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg