Topik diikuti
Pergi ke BHkuKesegaran bahasa, penggandaan makna jadi kekuatan
Kesegaran bahasa, penggandaan makna jadi kekuatan
Mengulas tiga cerpen Mohamed Naguib Ngadnan: 'Singapura Berdarah!', 'Singa', dan 'Liku-Liku Perjalananku'
Kesegaran bahasa, penggandaan makna jadi kekuatan

-
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Oct 30, 2017 | 5:30 AM
MOHAMED Naguib Ngadnan mungkin belum begitu dikenali dalam dunia sastera Melayu Singapura walaupun beliau pernah memenangi Anugerah Persuratan 1999 (Hadiah Penghargaan) bagi cerpennya Satu Perjalanan dan Anugerah Persuratan 2013 (Hadiah Sastera) bagi sajak Kita Yang Dijilat Gincu Peluru.
Kita mula menatap namanya di akhbar dan membaca karyanya berbentuk sajak dan cerpen apabila beliau terpilih ke peringkat akhir peraduan menulis cerpen Mencari Kristal anjuran akhbar Berita Harian bersama Majlis Seni Kebangsaan.