Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Khilaf

Aug 20, 2018 | 5:30 AM
Ia bukan satu masalah seberapa lambat engkau berjalan, asalkan selama engkau tidak pernah berhenti. Jangan sesekali berfikir untuk mengubah dunia andai engkau tidak mampu mengubah diri sendiri. Naura menghampiri cahaya itu. Semakin dia menghampiri cahaya itu, suara ghaib itu semakin pudar dan semakin dekat suara-suara yang pernah didengari. Naura rebah akan sinar cahaya di depannya...
Ia bukan satu masalah seberapa lambat engkau berjalan, asalkan selama engkau tidak pernah berhenti. Jangan sesekali berfikir untuk mengubah dunia andai engkau tidak mampu mengubah diri sendiri. Naura menghampiri cahaya itu. Semakin dia menghampiri cahaya itu, suara ghaib itu semakin pudar dan semakin dekat suara-suara yang pernah didengari. Naura rebah akan sinar cahaya di depannya... -

DIRINYA tersembam dan tertiarap ke lantai. Matanya cuba dibuka sedikit demi sedikit. Berat. Kedua-dua tapak tangannya mula meraba-raba permukaan kayu. Kepalanya diangkat sedikit tetapi masih berputar. Kepalanya diletakkan semula di lantai. Ditolak kedua-dua tapak tangannya pula untuk memapah dirinya bangun dari mimpi lena. Tidak terdaya. Dicubanya sekali lagi. Lengannya terketar-ketar menahan berat badannya yang kecil. Belikat dan kakinya berbilur, menyukarkan lagi pergerakan. Badannya menongkat lutut. Perlahan-lahan memberanikan diri untuk berdiri dan berpijak ke lantai semula.

Naura menggosok-gosok badannya yang mula menggigil. Dilihat sekeliling. Kosong. Terlalu kosong sehingga Naura mendengar nafasnya sendiri. Tiada tingkap, tiada pintu. Tiada jalan keluar. Buntu dan keliru bagaimana dirinya boleh berada di situ. Seingatnya, dia sedang bersantai dan menikmati seduhan kopi Arabica ketika loket permata berlian diragut dari arah belakang. Pergelutan berlaku tetapi dia tidak ingat apa yang terjadi selepas itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg