Kini anak lebih fasih cakap Melayu sejak ikuti kelas dari rumah My First Skool
Premium
Kini anak lebih fasih cakap Melayu sejak ikuti kelas dari rumah My First Skool
Nov 22, 2021 | 5:30 AM
BELAJAR BERSAMA: Cik Ruzita Zainuddin, bersama dua orang anaknya menjalankan program tambahan pembelajaran oleh prasekolah My First Skool. - Foto ihsan oleh RUZITA ZAINUDDIN. -
CIK Ruzita Zainuddin perhatikan bahawa anak keduanya yang berusia enam tahun kini lebih fasih bertutur bahasa Melayu apabila berkomunikasi bersamanya ataupun dengan datuk dan neneknya.
Ibu tiga anak yang masing-masing berusia lapan, enam dan tiga tahun itu percaya bahawa ini adalah antara kesan kelas tambahan program pembelajaran dari rumah yang ditawarkan oleh prasekolah anaknya, My First Skool sejak Januari lalu.

