Bawah sinar lampu neon Berintik-rintik hujan kelekatu berterbangan mengibas-ngibaskan sayap di awang-awangan lupa daratan terkena sambar baharu sedar layang kelawar perut lapar tinggal cicak balik tiang tengok cahaya mendongak kepala mulut terkatup menggigit habuk
Embun turun sifar wajah papar rupa rumpun basah berulang kerit bunyi cengkerik melepaskan malam dari kesunyian burung hantu bersuara sayu seperti dahulu lagi merayu ramai orang kurang tidur alat elektronik asyik dilungsur


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg