Premium
Kisah permaisuri dan tokoh wanita silam
Rumpun Melayu menonjolkan ketokohan wanita sejak zaman silam termasuk para permaisuri hebat dari Patani, Jambi, Solor, Sukadana dan Bone. Antara yang gemilang ialah Sultanah Safiatuddin di Aceh. MOHD RAMAN DAUD (raman@sph.com.sg) menyingkap kisah.
Feb 29, 2016 | 5:30 AM

IMEJ LUKISAN: Demikian imej lukisan Sultanah Safiatudin yang memerintah kerajaan Aceh Darussalam antara 1641-1675 sejak menjadi balu pada usia 29 tahun. Kecekapannya mengagumkan para elit atau 'orangkaya', ulama, negeri-negeri jiran dan penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris (British). - Foto Acehlandtours -
KEHEBATAN wanita Melayu menjadi penguasa terpapar pada sosok peribadi Sultanah Safiatudin.
Namanya cukup terkenal di Aceh sehingga kini sebagai sang ratu yang luar biasa cekap dari segi siasah pemerintahan.

