Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
1:00
Asar
3:59
Maghrib
7:02
Isyak
8:11
Bahasa & Budaya

SAJAK

Kita 'Kan Berpisah, Satu Hari Nanti

Mar 13, 2017 | 05:30 AM

Kawanku
Di akhir laluan ini kita 'kan berpisah
Lorong serampang ribuan
Manusia bergeseran tak keruan
Kau dan aku saling berpandangan
Sengih terjungkit mengukir makna
Terpateri kejap dalam jiwa
Kenangan jatuh bangun tonggek golek
Nista puji kita simpan molek-molek

Kawanku
Di permulaan denai itu kita bertemu
Waima berbeza kita berdua
Jaluran fikir bersilang bicara
Terbakar gedung minda
Kita berkawan dan berlawan
Kekal kita bersahabat rapat

Langgani pada harga $0.99* sebulan
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Langgani pada harga $0.99* sebulan
*Tertakluk kepada terma dan syarat

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian