Sejenak di mazar Ramai pengunjung bernazar Katanya disitulah, seorang Salim ampuh, bersemadi Salim bererti utuh Iya kan? Pengunjung berdoa dalam tafakkur di aula makam Penuh yakin penuh harapan, bakal mempermudah, membuka permintaan diidam
Aku terhenti di kolam pantul Airnya bening memesan refleksi seorang sufi dimakam Menggamit ingatanku ke Anarkali dan skandalnya bersama seorang Salim Jahangir, maharaja Mughal
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg