di tengah kosmos kata-kata abjad kelap-kelip berkerdip huruf kejip-kejip berlingkar berpangkalkan elipsis infiniti yang penuh kebarangkalian

di tengah galaksi aksara a bertemu z, alif bertembung ya seru jatuh cinta dengan si koma lantas bernikah dengan sang noktah beranak-pinak hatta seterusnya