Setiap bidang harus ada generasi pelapis bagi menjamin kelangsungannya. Begitu juga halnya dengan bidang kebahasaan, kebudayaan dan warisan Melayu. BERITA MINGGU menjejaki tokoh bahasa, budaya dan warisan Melayu Singapura hari ini. Kami mulakan siri dengan pengkaji bidang literasi dan bahasa Profesor Madya Dr Mukhlis Abu Bakar.
RAIKAN KEJAYAAN BERSAMA: Dr Mukhlis (dua dari kanan) bersama datuk saudaranya A. Samad Ismail (kanan) dirakam meraikan kejayaan meraih ijazah sarjana muda dan Doktor Kehormat pada 1987. Bersama mereka ialah (dari kiri) isteri A. Samad Ismail, Cik Hamidah Hassan; dan lulusan NUS lain dalam keluarga, iaitu anak saudara A. Samad Ismail, Encik Muhammad Hidhir Abdul Majid yang meraih ijazah sarjana muda undang-undang dan cucu saudara A. Samad Ismail, Cik Nashitah Mustafa, yang meraih ijazah sarjana muda sains. - Foto ihsan NASHITAH MUSTAFA -
PERJALANAN LUAR KELAZIMAN: Pengkaji isu kedwibahasaan dan literasi Profesor Madya Dr Mukhlis Abu Bakar menongkah arus menceburi dunia akademik tanpa bantuan biasiswa. Tugasnya sekarang antara lain adalah menyelia pelajar peringkat sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) serta mengadakan bengkel kajian berteraskan kaedah memupuk kedwibahasaan buat kelompok guru. - Foto BM oleh MARK CHEONG -

SEJURUS tamat pengajian maktab rendah (JC), beliau asalnya diterima mengikuti program ijazah sarjana muda kejuruteraan di Universiti Nasional Singapura (NUS).
Namun, beliau beralih arah ketika menjalani Perkhidmatan Negara (NS) dari 1980 hingga 1983.