Premium
Laras akhbar tidak ikut struktur tatabahasa?
* Penulisan akhbar biasanya padat dan ringkas bagi jimat perkataan dan ruang * Matlamat utama untuk rebut perhatian pembaca yang mahu maklumat cepat
Sep 26, 2021 | 5:30 AM

- Foto hiasan -
ENCIK Atan, bapa kepada tiga orang anak, pergi kerja pada pukul 9 pagi setiap hari.
Isterinya, Cik Sadiah, pula akan ke pasar sekitar waktu yang sama - biasanya untuk membeli beberapa ekor ikan, beberapa biji buah-buahan termasuk segugus anggur dan sesikat pisang, beberapa ikat sayur dan beberapa butir telur dan bahan keperluan memasak.

