Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Maafkan Aku

Oct 02, 2016 | 05:30 AM

maafkan aku kawan

sebab lambat hadir

majlis jamuan makan kenduri lahir

aku kurang perasan

waktu semakin hampir

sebab sibuk melayan

anak kucing ke hulu hilir

golek loncat riang sakan

bikin senyum terukir

aku betul janji ini saluran

YouTube yang terakhir

maafkan aku teman

aku lupa menjawab salam

sebab bergambar kiri kanan

pagi petang siang malam

busana terkini dan juadah makan

setapak langkah mesti dirakam

takut tulat tubin lupa ingatan

entah abu yang digenggam

tunggu dulu teman sebelum aku habiskan salam

izinkan aku muat naikkan

hidup matiku ke Instagram

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >