SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Mabuk

Premium

Mabuk

Apr 16, 2018 | 5:30 AM

Mabuk

- Foto hiasan
- Foto hiasan -

Pawana kencang yang menghembus masuk ke dalam kamarku melayangkan tirai yang terpaut pada jendela. Sejuk. Pustaka gelapku hanya diterangi cahaya lampu meja usang. Dalam kegelitaan ini kumeraba-raba mencari cahaya nan lebih terang nan mampu bukan sahaja menerangi bilikku, malah perjalanan hayatku yang terbentang luas lagi jauh. Aku menarikan pena yang terkepit rapi antara jemariku. Kertas putih menjadi pentasnya sambil ia menari, berjoget sambil melorekkan apa-apa ilmu yang terpahat di dada. Dakwat nan mengalir bak sungai yang memendamkan seribu satu makna, seribu satu rahsia. Sejuk. Malam terus memekat sambil aku, dalam kamar gelapku, terus memerah kering tuala takungan hikmah.

Tidak. Belum cukup tinggi maqamku. Berbatang-batang kalam telah kukontangkan semata-mata beriya-iya mahu membicarakan pemikiran, ideologi, makrifat tetapi akhirnya hanya memuntahkan semula keegoan dan keakuan yang telah kucuba perangi dan benami. Kencingku lebih suci berbanding dakwat yang telah kutumpahkan sedangku cuba berteriak dalam kebisuanku. Pengemis yang merempat dalam longkang bertahi ini tidak layak mendongakkan kepalanya dan mengimpikan langit dan segala isinya, ilmu dan segala pengisiannya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg